Download EFT information slides and learn the technique yourself

Buy CD s and download EFT Manual Free
here:  Gary Craig's website

eft
"Tapping on the energy system while being tuned to an emotional problem is an extraordinary healing technique that is deserving of the Nobel Prize. Its impact on the healing sciences is bound to be enormous. Quite clearly, we are on the ground floor of a healing high rise. Fortunately, there are many people experimenting with this idea and some fascinating finds are being unearthed. In time we will learn much more and will be discarding old notions in place of new theories" Gary Craig

Bengkel kebebasan emosi  mengajar sebuah teknik yang boleh mengatasi masaalah seperti  perasaan  harga diri rendah, takut bercakap depan khalayak ramai (gemuruh), susah mengawal marah, sentiasa runsing , mengubah  tabiat buruk dan sebagainya. EFT adalah salah satu teknik  bidang psychology yang di namakan " Energy Psychology".

Latar belakang:

Emotional Freedom technique adalah sebuah therapy yang mengunakan poin meridian ia itu poin-poin dalam badan kita yang merupakan noda tenaga . Bila emosi kita menjadi tersekat atau tersumbat, kita akan alami masaalah emosi yang akan menjejaskan kehidupan kita dan juga tindak tanduk kita .

Teknik yang mudah tetapi amat berkesan boleh dipelajari dalam masa sehari dan dengan menghadir bengkel ini , besar kemungkinan anda akan pulang dari bengkel tanpa masaalah yang anda bawa pada mulanya.

Saya mempelajari Emotional Freedom Technique dari seorang sahabat saya dari UK bernama Dr Tam Lewellyn Edwards seorang master practioner dan penulis buku tentang EFT  dan Karl Dawson seorang EFT Master practioner dari UK.

laman web:
http://www.tickhillclinic.com/  

Saya telah dapat mengajarnya serta mengunakannya sendiri sejak dari itu. Teknik ini telah di kaji dan mula diperkenalkan oleh Gary Craig dari USA dan laman webnya



  Saya telah  adakan kursus ini dalam Bahasa Melayu buat pertama kali dan nota juga dalam Bahasa Melayu. Ditegaskan di sini bahawa teknik ini tidak ada unsur-unsur khurafat dan boleh di buktikan secara saintifik tentang kesahihannya.

Sila email saya : info@holisticleaders.com dengan memberi nama dan juga no hp jika minat dan saya akan hubungi anda untuk beritahu maklumat lanjut.
Yuran kursus satu hari ini adalah RM 450 dan nota panduan akan di berikan serta sijil level satu akan di berikan.
Makanan tengahari serta minum pagi dan petang di sediakan.


Keterangan Lanjut Bengkel Emotional Freedom Technique (EFT)
( Teknik Kebebasan Emosi)


Dr Suriyakhatun Osman ,
coach trainer-medical doctor
MBBCh, DRM , FKHom,
Member of International Coaching Federation Malaysia Chapter
Certifed EFT Therapist
info@holisticleader.com atau telefon 0126368121

Apa keadaan anda jika anda berani bercakap depan khalayak ramai?Apa keadaan Anda jika anda dapat kawal rasa marah? Apa keadaan anda jika anda mempercayai diri anda ? Adakah halangan yang menyekat kemajuan anda berada di dalam atau diluar anda?

Teknik ini boleh menolong anda mengatasi perasaan dan emosi yang tidak sihat termasuk emosi yang statik dan juga emosi yang terpesong . Emosi yang tidak sihat membawa kepada berbagai keadaan kronik  dan boleh menjadi penyakit dalam badan.
Menangani dan mengendalikan emosi anda dengan baik membawa manfaat yang berlipat ganda kepada kehidupan anda.

Juga emosi mungkin tulin atau di alami dari orang lain . Contohnya anak yang berada di kalangan orang dewasa yang sentiasa marah akan menjadi pemarah atau penakut.
EFT  boleh menghapuskan perasaan yang dijangkiti dari orang dan juga perasaan yang dimanipulasi .

Menilai keadaan emosi:

1.Keadaan emosi yang tulin:

A. Sedih: Mengeluh, rasa kehilangan sesuatu , menangis, berat dada, tak ada mood nak buat sesuatu.

B. Marah: Cepat melenting, cepat rasa tersinggung, jawab secara kasar, masam muka.diam membatu, memecahkan benda, menghempas barang , pintu dan lain lain.

C.Takut: Nafas tersekat, sesak , rasa sempit, jantung berdebar, muka kecut, diam , tangan mengiggil, bangun tengah malam terperankat, susah tidur, kurang selera ?? bertambah selera.

D. Riang , muka ceria, manis, lembut ,

E. Teruja ; bercakap laju, banyak pergerakkan , ketawa, suara girang

F. Perasaan Kasih , Rahmat : Memek muka, suara lembut , menangis sayu dan syahdu

11. Perasaan yang bekenaan dengan perasaan lama

Terasa lebih muda dari umur sekarang , kebudak budakkan. Perasaan berkait dengan perkara yang silam .

III. Perasaan yang ditiru dari orang lain:

Kita dapat rasakan bahawa ini bukan perasaan sendiri , seolah berlakun terasa diri sedang berlakun

Sebenarnya kita boleh rasa seperti mak atau ayah atau adik beradik kita atau pasangan kita atau juga anak kita. Sering kali bila ada ahli keluarga mengalami sesuatu emosi yang intense , ada ahli keluarga yang dapat perasaan yang sama. Bila pasangan suami isteri berperang dingin, anak akan lakunkan peperangan itu.

IV. Perasaan yang timbul sebagai manipulasi

Mungkin kita sendiri tidak menyedari bila kita terlebih menangsi semasa ada orang dekat kita, atau kita sakit sikit tetapi menjerit lebih kuat untuk dapatkan simpati atau pura-pura sedih untuk menyedarkan anak atau suami tentang sesuatu yang kita tidak puas hati dengannya. Kerap kali manipulasi begini tidak berhasil seperti yang kita inginkan dan mungking backfire. Tanya diri sendiri , apa yang saya rasa disebalik apa yang saya lakunkan ini.


Kesihatan emosi adalah:

Kebolehan mengekspresi semua emosi dengan berpatutan.Orang yang mampu berbuat demikian adalah sihat dari segi emosi. Memendam rasa atau atau perasaan yang tidak berubah( sangkut)  menunjukkan kesihatan emosi tidak wujud.

Emosi Dasar

Keadaan emosi dasar manusia seimbang adalah ketenangan dan keamanan dan kedamaian  serta penuh kasih sayang
Emosi dasar ini diubah dan bertukar kerana kejadian dan perkara-perkara yang berlaku atas kita dan yang dilakukan oleh kita.
Evolusi manusia adalah kearah mencapai semula emosi dasar ini dan dengan emosi dasar inilah ganjarannya syurga:
Ayat Quran : Wahai manusia yang tenang...

Emosi positif

Yang di bawah ini merupakan emosi primer dan emosi positif yang lain adalah sebahagian dari ini:

    • Cinta love

    • Teruja excitement

    • Bahagia joy

Emosi yang cair

Emosi yang sihat berubah-ubah dan tidak kekal lama dalam sesuatu keadaan .
Kita akan lalui fasa-fasanya dengan spontan contoh: anak bermain di taman permainan

  • Perasaan mempunyai pola :

  • marah....sayang anger/love

  • Sedih.....Riang  Sadness/Joy

  • Takut....Teruja  Fear/ Excitement

Perasaan yang statik-stuck feelings

Diantara perasaan yang static dan di alami jauh lebih lama dari perlu dan tidak produktif malahan merugikan kita dan menjadi batu penghalang untuk kemajuan dan perkemabangan diri.
Ia termasuk,cemburu , murung ,irihati, rendah diri , rasa bersalah, rasa terhina rasa terlalu bodoh , terlalu kecil dan lain-lain

Perasaan yang terpesong

(skewed)
Kita tidak dapat alami perasaan yang kita dapat dengan terang mengenal dan memahami apabila kita sering memendamkan perasaan dan di ajar untuk tidak merasainya.
Berbagai cara tidak sihat akan timbul dari perbuatan memendam rasa dan perasaan yang songsang ini boleh timbul sebagai penyakit dalam badan




 




©2006 Holistic Leader. All rights reserved